Beliau berpengalaman luas dalam mengurus hal ehwal komuniti, kegiatan warisan budaya, serta program kebajikan rakyat di peringkat daerah dan negeri. Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, beliau menekankan pentingnya perpaduan, kasih sayang dan kesedaran akar budaya dalam mengukuhkan semangat kenegaraan.